POLISI

 

  • Perpustakaan berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman rujukan dan penyelidikan kepada kakitangan kementerian bagi menyokong objektif Kementerian Ekonomi.
  • Menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa kepada kakitangan kementerian. 
  • Mengumpul, menyimpan, menyelenggara dan memulihara bahan-bahan perpustakaan.
  • Menyelenggarakan koleksi sumber-sumber perpustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan bercetak dan audio-visual. 
  • Memperolehi dan  menyimpan koleksi sumber-sumber perpustakaan yang Iengkap dan kemaskini. 
  • Mengumpul dan menyimpan bagi pemuliharaan bahan-bahan yang berkaitan dengan Kementerian Ekonomi

 

POLISI PINJAMAN

  • Pinjaman terbuka kepada Warga Kementerian Ekonomi sahaja.
  • Pinjaman bahan dibenarkan 10 naskah sahaja (bahan bercetak/bahan media).
  • Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara terus ke kaunter perkhidmatan Perpustakaan Kementerian Ekonomi.
  • Bahan rujukan tidak boleh diperbaharui tempoh pinjamannya.
  • Koleksi rujukan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.
  • Peminjam harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang telah dipinjam dari perpustakaan dengan memulangkan buku tepat pada tarikh pemulangan dan memastikan buku berada dalam keadaan seperti sedia kala tanpa kerosakan.
  • Peminjam dinasihatkan agar sentiasa menyemak tarikh pemulangan bahan perpustakaan bagi memastikan bahan dipulangkan pada tarikh yang telah ditetapkan.
ÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂÂ