MY COLLECTION CORNER
My Collection Corner merupakan inspirasi daripada forum Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil 4/2011 yang bersidang pada 23 Disember 2011. Ahli-ahli MBJ sesi 2012/2014 sebulat suara bersetuju supaya program in dilaksanakan sebagai wadah untuk warga Unit Perancang Ekonomi (EPU) khususnya untuk pegawai-pegawai muda membuat persediaan bag melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah. Konsep My Collection Corner ialah menghimpunkan hasil penulisan warga EPU semasa pengajian mereka di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah dan ditempatkan di sudut khas di Pusat Sumber EPU. Melalui mekanisma ini, pembudayaan ilmu di EPU dapat diperkasakan di samping menghargai hasil usaha Warga EPU sepanjang tempoh pengajian mereka.