Perpustakaan berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman rujukan dan penyelidikan kepada kakitangan kementerian bagi menyokong objektif Kementerian Ekonomi.
Menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa kepada kakitangan kementerian.
Mengumpul, menyimpan, menyelenggara dan memulihara bahan-bahan perpustakaan.
Menyelenggarakan koleksi sumber-sumber perpustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan bercetak dan audio-visual.
Memperolehi dan menyimpan koleksi sumber-sumber perpustakaan yang Iengkap dan kemaskini.
Mengumpul dan menyimpan bagi pemuliharaan bahan-bahan yang berkaitan dengan Kementerian Ekonomi
POLISI PINJAMAN
Pinjaman terbuka kepada Warga Kementerian Ekonomi sahaja.
Pinjaman bahan dibenarkan 10 naskah sahaja (bahan bercetak/bahan media).
Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara terus ke kaunter perkhidmatan Perpustakaan Kementerian Ekonomi.
Bahan rujukan tidak boleh diperbaharui tempoh pinjamannya.
Koleksi rujukan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.
Peminjam harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang telah dipinjam dari perpustakaan dengan memulangkan buku tepat pada tarikh pemulangan dan memastikan buku berada dalam keadaan seperti sedia kala tanpa kerosakan.
Peminjam dinasihatkan agar sentiasa menyemak tarikh pemulangan bahan perpustakaan bagi memastikan bahan dipulangkan pada tarikh yang telah ditetapkan.