Pengguna dilarang tidur, membuat bising, makan, minum dan merokok di dalam Perpustakaan Kementerian Ekonomi.
Pengguna juga dilarang membuat sebarang kerosakan di dalam perpustakaan dan sekiranya terjadi maka pengguna haruslah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan tersebut.
Pengguna hendaklah memastikan telefon bimbit sentiasa berada dalam keadaan senyap (silent mode) sepanjang berada di dalam perpustakaan.
Pengguna haruslah memastikan tiada barang-barang persendirian yang tertinggal sebelum meninggalkan perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan/kerosakan barang persendirian milik pengguna.
Pengguna dilarang sama sekali menyalahgunakan komputer yang telah disediakan dengan memuat turun lagu, video dan sebagainya.